












Terma & Syarat Tempahan:
1. Penerimaan tempahan bergantung pada kekosongan tarikh dan pembayaran deposit tempahan majlis yang telah dijelaskan
sepenuhnya.
2. Deposit tempahan tarikh adalah 20% dari nilai keseluruhan pakej dan ianya tidak dikembalikan.
3. Pembayaran kedua adalah 60% dan hendaklah dilakukan selewatnya 2 minggu sebelum tarikh majlis. Bayaran ini tidak
dikembalikan sekiranya pembatalan majlis dibuat dalam tempoh 24 jam sebelum majlis bermula. 50% dari bayaran ini
dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat seminggu sebelum majlis atau sebelum tempoh 24 jam.
4. Bayaran akhir hendaklah dibuat selewatnya pada malam sebelum majlis bermula.
5. Pemasangan khemah paling lewat adalah sehari sebelum majlis bermula. Khemah yang dipasang tidak boleh digunakan untuk
tujuan majlis lain selain dari untuk kegunaan pada hari yang telah digunakan, melaikan atas persetujuan kedua-dua belah
pihak. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang disebabkan atas faktor cuaca atau sebarang
kekotoran jika khemah digunakan untuk tujuan selain dari majlis yg telah dipersetujui.
6. Sebarang kemusykilan tentang perkhidmatan kami atau tentang makanan yg telah disediakan, hendaklah dikemukakan
sewaktu MAJLIS BERLANSUNG dan diBUKTIKAN pada pihak kami. Sebarang aduan yang dibuat pada hari selepas
majlis tidak akan dilayan.
7. Kami tidak bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat makanan lain yang dibawa masuk oleh tuan rumah kedalam menu
sebagai menu tambahan.





